Isu Panas

Terima Kasih Mahathir Akui Kepentingan BR1M

SHAH ALAM – Cadangan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengekalkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) menunjukkan bahawa bantuan itu adalah satu program yang berkesan membantu rakyat miskin.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi Shahadan, berkata, walaupun tidak mahu mengiktiraf secara jelas, cadangan untuk mengekalkan BR1M juga membuktikan bahawa bantuan itu bukan berunsur rasuah seperti yang dimomokkan Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.

“Terima kasih Mahathir kerana mengakui kepentingan BR1M apabila membayangkan untuk mengekalkan program bantuan ini jika pembangkang berjaya menguasai Putrajaya pada PRU14.

“Dengan kata lain, BR1M yang dilaksanakan BN, dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukan rasuah. Jika rasuah, masakan Mahathir mahu mengekalkannya,” ujarnya, lapor Sinar Harian.

Katanya, jika pembangkang mengakui kebaikan BR1M untuk rakyat, maka tiada alasan untuk rakyat menukar kerajaan, kerana apa dilaksanakan BN semuanya untuk manfaat rakyat.

Sementara itu, seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim berkata, sikap Mahathir itu melambangkan prinsipnya tidak teguh dan sering bertukar pendirian.

“Setiap pemimpin dan dasar sesuatu parti perlu tetap dengan pendirian kerana ia merupakan simbol kepercayaan rakyat dan keutuhan sistem kerajaan yang ingin dibentuk. BR1M bukan sahaja meringankan beban rakyat malah merupakan jaringan keselamatan sosial yang terbukti berkesan.

“Kerajaan BN bukan sahaja meneruskan BR1M ini, malah menaikkan jumlahnya sehingga ke paras maksimum pada 2017,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");