Berita Hari Ini

Tiada jangkitan penyakit, wabak dikesan dilapor di kawasan banjir

PUTRAJAYA: Perkhidmatan kesihatan di Kelantan dan Terengganu yang terjejas banjir berjalan lancar, dengan tiada sebarang penyakit dan wabak berjangkit dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata tidak ada hospital di negeri berkenaan yang terputus hubungan akibat banjir dan setakat ini.

Katanya, hanya 13 Klinik Desa dan satu Klinik Kesihatan di Kelantan serta satu Klinik Desa dan satu Klinik Kesihatan di Terengganu yang berdepan masalah itu akibat dinaiki air.

“Sebanyak 100 pasukan perubatan dan kesihatan dianggotai hampir 500 kakitangan bertugas menjalankan aktiviti di kawasan terjejas semasa dan selepas banjir.

“Sehingga semalam, sejumlah 428 daripada 885 mangsa banjir diperiksa untuk mendapat rawatan dan tiada penyakit berjangkit serta wabak penyakit dikesan dalam kalangan mangsa di kawasan dilanda banjir,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dr Subramaniam berkata, pihaknya juga sudah membuat langkah persediaan awal dengan membekalkan keperluan ubat, makanan dan alat jana kuasa elektrik di semua hospital di negeri itu untuk tempoh dua minggu bagi memastikan hospital dapat beroperasi dengan baik jika banjir berlarutan dalam tempoh berkenaan.

“Pemeriksaan kualiti air dan makanan yang dibekalkan juga turut dilakukan. Kita juga mewujudkan sistem untuk memindahkan pesakit supaya perkhidmatan kesihatan berjalan lancar,” katanya.

Sementara itu, Dr Subramaniam berkata, pihaknya akan melakukan pemantauan dan pemeriksaan berterusan selama dua bulan lagi di Pos Kemar dan Pos Poi, Hulu Perak, sebelum mengisytiharkan dua kawasan itu bebas malaria.

“Sebanyak 139 kes malaria dilaporkan dengan sebahagian besarnya dikesan melalui ujian darah di Pos Kemar dan hanya dua kes baharu dikesan daripada 667 slaid darah yang diperiksa sehingga 3 Januari lalu.

“Di Pos Poi, sebanyak lapan kes dilaporkan sejak 22 Disember lalu dan tiada kes baharu dikesan dalam tempoh 13 hari lalu,” katanya.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");