Isu Panas

Tidak Mustahil BN Terpaksa Dibubarkan

Penganalisis politik, Tan Ah Chai berpendapat bahawa senario politik di negara kita bakal berubah wajah sekiranya Umno meneruskan usahanya untuk membentangkan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 di Parlimen.

Malah ujarnya tidak mustahil BN bakal menghadapi keadaan mencabar sehingga terpaksa dibubarkan.

Beliau berkata demikian bagi memberikan reaksi ke atas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa BN kemungkinan menghadapi perpecahan sekiranya RUU 355 dibentang dan diluluskan di parlimen.

Tambah Ah Chai, sekiranya Umno bekerjasama dengan Pas, ia tidak semestinya membawa faedah sepenuhnya kerana tidak mendapat sokongan daripada masyarakat kita yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

“Umno dan Pas mempunyai perjuangan politik untuk kaum sama. Namun mereka tidak mampu memimpin rakyat berbilang bangsa dan kerjasama mereka ini dilihat tidak sihat untuk politik negara,” katanya ketika ditemu bual China Press memetik laporan semula Sinar Harian.

Jelasnya lagi, semua parti yang membantah RUU 355 perlulah menyertai perbahasan di parlimen dan membuang undi tidak menyokong.

“Tidak kira parti komponen dalam BN ataupun pembangkang, ahli-ahli parlimen yang tidak bersetuju tidak boleh bersikap berkecuali kerana jika mereka tidak mengundi, mereka akan dianggap mengabaikan tanggungjawab sebagai ahli parlimen,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penganalisis politik dan ahli akademik, Dr Chandra Muzaffar berpendapat bahawa pembentangan RUU 355 di parlimen memberikan kesan yang besar terhadap kedudukan politik BN Sabah dan Sarawak, malah menjejaskan prinsip pembentukan dan perlembagaan negara.

Katanya Umno sepatutnya perlu memikirkan perasaan Bumiputera bukan Islam di Sabah dan Sarawak kerana pembentangan RUU355 sedikit sebanyak mempengaruhi kedudukan undang-undang di negara kita.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");