Jenayah

Tiga ejen tarik kereta dituduh rasuah

JOHOR BAHRU: Tiga ejen tarik kereta tidak berdaftar mengaku tidak bersalah di mahkamah sesyen, di sini, semalam atas empat pertuduhan meminta dan menerima rasuah pada tahun lalu.

Tertuduh, Mohamad Noor Jemain, 32, G Saravanan, 36, dan J Sivasankaran, 38, membuat pengakuan berkenaan selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa meminta suapan sebanyak RM5,000 daripada Mohd Fadhirul Mohd Sabri, 28, sebagai dorongan untuk tidak menarik kereta yang dikatakan tidak membuat bayaran ansuran bulanan kepada pihak bank.

Untuk pertuduhan kedua, kesemua tertuduh didakwa meminta suapan sebanyak RM3,000 sebagai dorongan untuk tidak menarik kereta yang dikatakan tidak membuat bayaran ansuran bulanan kepada pihak bank.

Bagi pertuduhan ketiga, mereka didakwa bersetuju menerima suapan sebanyak RM2,000 sebagai dorongan untuk tidak menarik kereta yang dikatakan tidak membuat bayaran ansuran bulanan kepada pihak bank.

Manakala pertuduhan keempat pula, kesemua tertuduh didakwa menerima RM2,000 daripada Mohd Fadhirul sebagai dorongan untuk tidak menarik kereta yang dikatakan tidak membuat bayaran ansuran bulanan kepada pihak bank.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di stesen minyak Petronas, Jalan Perdagangan, Taman Universiti, di sini, antara jam 4.30 hingga 6.30 petang pada 9 September tahun lalu.

Mohamad Noor, Saravanan dan Sivasankaran didakwa bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Mereka boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) Akta yang sama dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");