Berita Hari Ini

Tindakan AS undur dari TPP tidak mengejutkan

SHAH ALAM – Tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menandatangani Perintah Eksekutif yang menarik balik penyertaan Amerika Syarikat dari Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPP) bukanlah satu perkara mengejutkan.

Menteri Perdagangan dan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Trump sudah banyak kali berikrar untuk mengeluarkan AS dari TPP dan merujuk perjanjian tersebut sebagai potensi bencana buat ekonomi di negara itu.

Menurutnya, dengan perkembangan baru di AS ini, Ketua Perunding TPP dari 11 negara akan sentiasa berhubung bagi mempertimbangkan pilihan terbaik sebelum mencapai kata putus.

“Selama lima tahun, kami telah bekerja dan berkomunikasi di antara satu sama lain manakala di dalam negara pula, Miti bersama Kementerian berkaitan akan terlibat dengan pelbagai pihak bagi mendapatkan pandangan dan maklum balas mengenai perkembangan terbaru TPP.

“Sekiranya TPP gagal untuk berkuatkuasa maka ia akan menjadi satu kerugian buat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

TPP ditandatangani 12 negara pada 2015 masih belum berkuat kuasa dan tindakan AS menarik diri daripada TPP dijangka akan menamatkan pakatan perdagangan itu.

Negara yang menyertai termasuklah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Brunei bersama-sama mewakili 40 peratus daripada ekonomi dunia.

Tambahnya lagi, fokus utama adalah meningkatkan intergrasi ekonomi Asean sekiranya TPP gagal menjadi kenyataan.

“Seperti yang saya katakan di Davos semasa Forum Ekonomi Dunia, sekiranya TPP gagal menjadi kenyataan, tumpuan kami adalah meningkatkan integrasi ekonomi Asean dalam konteks Komuniti Ekonomi Asean (AEC) Blueprint 2025.

“Selain itu, kita juga akan meneruskan Perjanjian Perdagangan bebas dua hala termasuk ahli TPP yang setakat ini masih belum mempunyai perjanjian perdagangan,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, Malaysia akan terus memantau perkembangan mengenai dasar perdagangan di AS.

“Kita akan bekerjasama dengan rakan-rakan dari AS untuk mengukuhkan perdagangan dua hala dan hubungan ekonomi memandangkan negara itu merupakan rakan dagang ketiga terbesar dan sumber utama pelaburan,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");