Sukan Hari Ini

TMJ Calon Paling Layak: Shebby

KUALA LUMPUR:Pemerhati dan pengkritik bola sepak negara, Serbegeth Singh atau dikenali sebagai Shebby berpendapat Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim merupakan calon paling layak dilantik Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sekali gus mengenepikan tiga calon lain.

Ujarnya, kejayaan Tunku Ismail dalam merevolusikan bola sepak di Johor sejak beberapa tahun lalu meletakkan beliau pilihan hangat menerajui badan induk itu.

Katanya, walaupun TMJ mendapat tentangan sengit daripada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Tan Sri Annuar Musa serta Tan Sri Aseh Che Mat, pencapaian pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (Johor DT) itu lebih menyerlah terutama dengan kejayaan menjulang Piala AFC pada 2015 selain pengurusan kelab yang amat profesional.

“Persaingan kerusi presiden memang sengit sekali dengan keempat-empat calon mempunyai latar belakang menguruskan sesebuah organisasi bola sepak dfengan begitu baik. Bagaimanapun daripada empat calon itu, TMJ paling ke depan berbanding yang lain.

“Beliau bukan saja membawa Johor DT meraih pelbagai kejuaraan domestik dan Asia tapi TMJ turut merubah sistem pengurusan dan menyediakan kemudahan pusat latihan serta stadium yang serba moden bagi keselesaan pemain dan penyokong,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");