Berita Hari Ini

TN50: Kebajikan Warga Emas Tetap Diutamakan

KUALA LUMPUR:Ketua Wanita Barisan Nasional (BN), Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan bahawa kebajikan dan kepentingan warga emas perlu terus diberi keutamaan walaupun golongan muda akan menjadi penggerak utama dalam menjayakan Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Memetik laporan Berita Harian, ujarnya dalam tempoh menjayakan TN50, negara juga sedang menuju ke arah negara tua menjelang tahun 2050.

Beliau yang juga Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Iktisas Jabatan Perdana Menteri (JPM), berkata walaupun kerajaan meminta masyarakat khasnya golongan muda bersedia dengan TN50, Wanita BN berharap pemimpin tidak lupa dengan perancangan untuk menjaga kebajikan warga emas.

“Memang TN50 adalah pelan jangka panjang yang menjurus kepada peranan dan idea golongan muda untuk mencorak masa depan negara, tetapi negara juga perlu bersedia dan merancang untuk menjaga kebajikan warga emas.

“Segala keperluan untuk warga emas khasnya kemudahan infrastruktur untuk golongan itu perlu diberi keutamaan, bukan saja di pihak kerajaan, bahkan badan bukan kerajaan (NGO),” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis meraikan warga emas di Rumah Orang Tua Ampang di sini, sempena sambutan Tahun Baharu Cina, di Ampang hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");