Berita Hari Ini

TPPA : Kerajaan Digesa Muktamadkan Keputusan

SHAH ALAM : Kerajaan diminta untuk memuktamadkan dengan jelas dan segera pendirian mengenai pembabitan Malaysia dengan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).

Pengerusi Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, Abim menegaskan bahawa TPP perlu ditolak kerana pernjanjian ini didakwa tidak memenuhi kepentingan rakyat terbanyak.

“ABIM serta barisan NGO, pertubuhan masyarakat madani yang mewakili kepentingan seluruh rakyat Malaysia, sekali lagi menegaskan bahawa kami menolak perlaksanaan TPP.

“Serta mana-mana perjanjian perdagangan yang tidak memenuhi kepentingan rakyat serta negara secara mampan untuk jangka masa panjang,” katanya lapor Sinar Harian.

Terdahulu, pada 24 Januari lalu,negara tunjang kepada perjanjian ini iaitu Amerika Syarikat telah menarik diri secara rasmi, ianya susulan tindakan Presidennya, Donald Trump menandatangani perintah eksekutif.

TPP dianjurkan Washington dan ditandatangani oleh 12 negara pada 2015.

TPP masih belum berkuat kuasa dan tindakan Amerika Syarikat menarik diri daripada TPP dijangka akan menamatkan pakatan perdagangan itu.

Negara yang menyertai termasuklah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Brunei bersama-sama mewakili 40 peratus daripada ekonomi dunia.

Sementara itu, susulan daripada tindakan ini, Malaysia dan 10 negara anggota Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan langkah selanjutnya susulan pengumuman Amerika Syarikat (AS) menarik diri daripada perjanjian perdagangan terbesar dunia itu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, 11 negara terbabit kecuali AS, sememangnya saling berhubungan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");