Berita Hari Ini

Tugu ‘Kuntilanak’ Istimewa Buat Pelancong

Pontianak: Pentadbiran wilayah Kalimantan Barat merancang bagi membina sebuah patung pontianak setinggi 100 meter bertujuan untuk menarik lebih ramai pelancong ke bandar Pontianak.

Memetik sumber Agensi, perkara itu dikongsi oleh Pengarah pelancongan Kalimantan Barat, Kartius.

Malah ujarnya, Pontianak perlu meningkatkan sektor pelancongan dan pihaknya mahu melakukan perkara itu dengan cara berlainan dan luar biasa.

Patung pontianak atau di Indonesia dikenali sebagai kuntilanak itu juga mempunyai platform tinjau supaya pengunjung boleh melihat pemandangan bandar berkenaan.

Walaupun cadangan itu dikritik beberapa pihak bagaimanapun penduduk Pontianak secara keseluruhannya menyambut baik pembinaan patung berkenaan.

“Kami tahu pelancongan mampu meningkatkan ekonomi dan pendapatan bandar ini,” kata Kartius.

Menurutnya, dengan siapnya patung itu kelak, pastinya akan memberi lebih banyak peluang pekerjaan seperti peniaga jalanan, kedai cenderahati atau penjaga parkir.

Antara tarikan utama Pontianak ketika ini adalah Tugu Khatulistiwa dan makanan Peranakan daripada penduduk berketurunan Cina di bandar itu.

Pontianak adalah hantu popular dalam kalangan masyarakat di rantau ini yang dipercayai roh wanita yang mati dibunuh atau ketika melahirkan anak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");