Panasnya Hari Ini

Tun M Fitnah Kerajaan Johor, Malaysia

KUALA LUMPUR:Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad melakukan fitnah besar terhadap Kerajaan Johor dan Malaysia berkaitan kenyataannya mengenai Projek Forest City di Johor Bahru.

Ujarnya dakwaan bekas Perdana Menteri kononnya kerajaan membawa masuk warga China dan memberi kewarganegaraan kepada mereka adalah kenyataan palsu.

Jelas Najib, China merupakan kuasa ekonomi besar dan kaya raya serta tiada niat menjadikan rakyatnya warga negara Malaysia.

Beliau berkata, Forest City tidak menjejaskan kedaulatan negara dan tidak sepatutnya menjadi isu.

“Kita sebagai sebuah kerajaan, kita buat yang terbaik. Saya pergi ke China untuk bawa pelabur ke Malaysia.

“Sebagai contoh, Dubai itu kawasan padang pasir tetapi kerana dasar menarik pelaburan kepada luar, penjualan tanah, bawa masuk pelabur, hari ini Dubai jadi metropolis yang hebat dan rakyat berpendapatan tinggi. Kalau Dubai boleh kaya, kita juga boleh,” katanya memetik sumber Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Jom Bantu Rakyat di Desa Pandan, Titiwangsa, di sini sebentar tadi.

Najib turut membidas kenyataan Dr Mahathir semalam, yang menyatakan DAP akan diberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri jika pembangkang menang.

“Selepas 22 tahun beliau mengutuk Lim Kit Siang, kini dia hendak menyerahkan jawatan yang selama ini dipegang Melayu.

“Jadi, kita tidak boleh harap (Dr Mahathir) membela masa depan kita. Jangan kerana politik kita buat perhubungan macam ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");