Panasnya Hari Ini

Tun M Jangan Ambil Hak Tuhan – Harussani

KUALA LUMPUR : Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa jemaah haji yang ditaja menerusi Program Khas Haji Perdana Menteri – Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) boleh memudaratkan ummah.

Berita Harian melaporkan, Harussani turut menyifatkan Tun Mahathir cuba mengambil hak Tuhan apabila berkata jemaah haji yang ditaja menerusi program itu tidak mendapat haji mabrur.

“Manusia tidak berhak menentukan haji seseorang itu mabrur dan diterima Tuhan atau tidak. Itu bukan hak manusia, tapi hak Allah.

“Allah yang tentukan haji itu sah atau tidak sah, apatah lagi rakyat tidak berdosa yang menerima tajaan (bantuan) daripada seorang perdana menteri, apakah ia (bantuan) tidak baik.

“Macam mana kita nak kata haji diterima atau tak, siapa yang rekod (kerana) yang tentukan Allah, itu hak Tuhan. Oleh itu, janganlah kita melampau sampai hak Tuhan pun nak diambil,”katanya.

Terdahulu, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu dilaporkan berkata dalam ceramahnya menyifatkan orang yang melaksanakan ibadat haji menerusi tajaan Yayasan 1MDB, tidak mendapat haji mabrur.

Berikutan itu, Harussani dengan tegas berkata, tiada bukti jelas hingga ke hari ini yang menyatakan dana digunakan untuk tajaan jemaah terbabit diperoleh daripada sumber haram.

Justeru, Harussani meminta Dr Mahathir berhenti daripada membuat dakwaan selain membuktikan apa yang dikata itu dengan menyerahkan keterangan kepada pihak berkuasa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");