Panasnya Hari Ini

UMNO Guna ‘Hantu Perkauman’ Untuk Hidupkan Karier Politik

KUALA LUMPUR :UMNO dilihat semakin terancam apabila parti itu membuat pelbagai tuduhan liar kepada pembangkang.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, pemimpin UMNO menggunakan ‘hantu perkauman’ untuk menghidupkan kembali karier politik masing-masing yang telah pupus akibat skandal 1MDB dan berbagai lagi masalah yang tidak menguntungkan rakyat serta mengakibatkan kerugian pada negara.

“Datuk Seri Najib pada ucapan dasar Perhimpunan Agung Umno (PAU) telah membaca ‘mentera tahyul’ dengan mengatakan bahawa segala keistimewaan Melayu, Islam dan Bumiputera akan terhapus dan DAP memerintah negara Malaysia manakala Lim Kit Siang pula sebagai Perdana Menteri, maka gegak gempita ahli Umno menjerit marah dan menangis mengenang nasib masa depan bangsa Melayu.

“”Sepatutnya soal beban rakyat yang melibatkan GST,pengangguran dan harga barang dibincangkan tetapi Najib hanya menggunakannya sebagai pelantar untuk memperkatakan soal kuasa dan bagaimana cara untuk memfitnah Pakatan Harapan dan PPBM,”katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Mahfuz berkata lagi, tidak mustahil ahli UMNO yang pulang dari PAU bersemangat seperti watak Si Pitung dalam sebuah filem suatu ketika dahulu.

“Dalam beberapa hari kebelakangi ini muncul pula seorang cendekiawan hebat kelahiran Perak dan pernah berkhidmat dengan Universiti Malaya yang bernama Dr Mohd Zuhdi Marzuki mendakwa Tun Dr Mahathir seorang diktator dan Tun Mahathir juga mahu kuasai Pakatan Harapan.

“Cendekiawan hebat ini mendakwa Tun Mahathir telah berjaya meletakan dirinya sebagai ketua kepada PPBM dan Pakatan Harapan. Mungkin Dr Mohd Zuhdi terlupa atau buat-buat lupa bahawa sebelum ini beliau juga pernah berkata bahawa DAP yang kuasai Pakatan Harapan.

“”Kini Tun Mahathir pula didendangkannya telah kuasai PPBM dan Pakatan Harapan. Oleh itu jikalau ikut hujah Dr Mohd Zuhdi,maka bukan DAP bernama Lim Kit Siang yang kuasai Pakatan Harapan dan PPBM.

“Adakah akan datang ada pula hujah baru yang mendakwa Tun Mahathir adalah DAP atau diktator jadi ‘barua’ DAP?”soalnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");