Isu Panas

‘Umno tak usang, Mahathir yang usang’

KOTA BHARU: Dakwaan Tun Mahathir Mohamad bahawa Umno adalah sebuah parti usang adalah tidak relevan jika hendak dibandingkan dengan umur pemimpin itu yang kini hampir mencecah satu abad.

Ketua Penerangan BN Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, rakyat seharusnya lebih jelas adakah patut mereka percaya dan yakin dengan sesuatu yang usang sedangkan keperluan semasa meminta satu pembaharuan.

“Pada saya yang usang adalah Tun Mahathir, Umno baru 71. Dia lebih usang. Kita tidak boleh guna orang yang sangat usang untuk bangunkan sesuatu yang baru.

“Saya boleh terima kalau dia kata Umno parti lama nak dibandingkan dengan parti baru. Tapi betulkah yang baru itu lebih baik daripada yang lama.

“Cuba tanya orang yang beristeri baru dan isteri lama, yang mana lebih baik, isteri baru atau lama, tidak semua benda usang itu tidak bagus,” kata Alwi yang hadir menyampaikan Insentif Projek NKEA dan penyampaian zakat PPK Sungai Ketereh, di sini.

Mahathir malam tadi dipetik sebagai berkata, kewujudan Bersatu bertujuan untuk menggantikan sebuah parti politik usang.

“Umno menjadi penindas ke atas rakyat, mendera tanpa sebab, menangkap dan memasukkan dalam tahanan serta menghadapkan mereka ke mahkamah dengan tuduhan palsu yang tidak munasabah.

“Parti ini juga sedang dan telah menjual wilayah-wilayah negara sehingga wilayah-wilayah ini menjadi kawasan terasing dari negara,” katanya sempena pelancaran Bersatu di Stadium Malawati.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");