Membawang Hari Ini

Ungku Haris: Dikatakan tumpang populariti isteri

MUNGKIN ramai lebih mengenali Ungku Haris sebagai suami kepada pelawak popular, Jihan Muse, namun pelakon ini sebenarnya sudah hampir 10 tahun bergiat aktif dalam bidang seni terutamanya dunia pentas.

Menyedari nasibnya tidak sebaik isteri biarpun pernah sama-sama memulakan langkah dalam bidang ini, Ungku Haris sentiasa cuba menggunakan peluang yang ada untuk menonjolkan bakat sebaiknya.

“Suatu hakikat yang tak dapat saya nafikan adalah rezeki Jihan lebih baik daripada saya meskipun kami bermula sama-sama dalam industri ini dan saya terima seadanya.

“Malah saya tidak kisah pun bila ada anggap saya tumpang populariti dan mula dikenali selepas bergelar suami dia kerana kedudukan Jihan di dalam industri memang berbeza dengan saya.

“Cuma apa yang saya sentiasa lakukan adalah tidak putus usaha dalam memberikan yang terbaik dalam segala kerja yang dipertanggungjawabkan kepada saya tanpa sibuk nak fikirkan tentang perhatian orang,” ujarnya.

Membuktikan kata-katanya, Ungku Haris semakin dikenali menerusi drama-drama lakonannya seperti Nama Aku Ben, Cinta 100kg, 7 Hari Mencintaiku dan sebagainya.

“Alhamdulillah walaupun ambil sedikit masa, akhirnya orang nampak juga apa saya lakukan, malah tawaran kerja juga makin banyak diterima berbanding sebelum ini.

“Insya-ALLAH tidak lama lagi saya akan tampil dengan filem Kimchi Untuk Awak dan drama terbaru Urusan Hati Cik Drama Queen yang kini masih dalam penggambaran,” katanya.

Sementara itu, Ungku Haris sibuk dengan latihan untuk pementasan Teater Dia Semanis Honey Muzikal yang bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 3 hingga 9 Januari ini.

“Walaupun sudah berlakon lebih daripada 10 teater sebelum ini, penglibatan saya dalam teater ini sedikit berbeza dan mencabar di mana kali ni saya perlu menari dan menyanyi secara live kerana ia merupakan pementasan muzikal.

“Memang gementar sangat-sangat, apatah lagi bila kebanyakan pelakon lain memang sedia ada seorang penyanyi membuatkan saya terdorong untuk membuat lebih latihan agar persembahan saya nanti tidak sampai merosakkan usaha orang lain,” akuinya yang memegang watak sebagai Adam.

Menolak anggapan mengatakan pengalaman pentasnya mungkin menjadi kelebihan buatnya beraksi lebih baik dalam teater ini berbanding pelakon lain, Ungku Haris mengakui tidak pernah berhenti belajar menambah ilmu.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");