Sukan Hari Ini

United, Arsenal Rebut Griezmann

ARSENAL sedia mencabar Manchester United dalam persaingan bagi merebut Antoine Griezman.

Memetik sumber Mstar Online, terdahulu Arsenal pernah mengintai penyerang Atletico Madrid itu selepas Euro 2016, tetapi ianya ditolak berikutan kontrak bintang Perancis itu baharu sahaja disambung sehingga 2021.

Namun difahamkan bahawa kelab elit Eropah itu sedia menerima tawaran untuk Griezmann pada musim panas ini.

Griezmann diundi sebagai pemain ketiga terbaik dunia, di belakang Cristiano Ronaldo dan Lionbel Messi tahun lalu.

Arsenal turut dilaporkan telah membuat tawaran namun tidak mendedahkan jumlahnya terhadap pemain yang dianggarkan bernilai 85 juta pound (RM473 juta) – satu nilai yang agak besar untuk dikeluarkan oleh The Gunners.

Manakala United pula menyatakan keyakinan akan mendapatkan Griezmann berikutan rakan Perancisnya, Paul Drogba turut memberi sokongan untuk menyertainya di Old Trafford.

Selain United dan Arsenal, laporan juga mendedahkan Chelsea serta Manchester City turut berminat untuk mendapatkan pemain ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");