Sukan Hari Ini

United Bukan Jadi Pilihan

MANCHESTER United bakal bertemu Southampton di final Piala Liga Inggeris setelah berjaya menundukkan Hull City melalui agregat 3-2.

Bagaimanapun Pengendalinya, Jose Mourinho berpendapat bahawa United bukan pilihan untuk menjuarai piala tersebut.

Jelasnya, dia melihat United masih gagal menemui sentuhannya dengan kalah pada aksi kedua menentang Hull pagi semalam dengan keputusan 1-2.

“Saya fikir kami bukan calon layak untuk menang bahkan kami bukan pilihan untuk menang ke atas mana-mana pasukan.

“Saya lihat perlawanan di Wembley 26 Februari ini akan menjadi perlawanan sukar, namun kami tiada masalah untuk menentang sesiapapun. Kalah atau menang itu cerita lain,” katanya memetik laporan Sinar harian.

Untuk rekod, ini merupakan final kali kesembilan bagi United di Piala Liga Inggeris.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");