Sukan Hari Ini

Usaha ‘pujuk’ TMJ

KUALA LUMPUR:Kesediaan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk memberi laluan kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertanding merebut jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam pemilihan Kongres ke-53 pada 25 Mac telah memberi ruang kepada semua ahli gabungan untuk memberi sokongan sepenuhnya.

Memetik sumber Harian Metro, perkara itu ditegaskan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi yang menyatakan harapan agar ahli gabungan yang membuat pencalonan ke atas Khairy akan turut sama dalam misi ‘memujuk’ Tunku Ismail untuk bertanding.

“Saya memohon ahli gabungan yang mencalonkan Khairy supaya turut serta dalam pertemuan dengan Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar bagi mendapatkan perkenan untuk Tunku Ismail bertanding pada pemilihan itu nanti.

“Kenyataan Khairy semalam jelas jika TMJ menerima pencalonan itu, Khairy akan menarik diri daripada bertanding. Saya yakin jika Tunku Ismail mendapat perkenan ayahandanya Sultan Ibrahim, tidak ada masalah untuk beliau memenuhi permintaan ahli gabungan serta peminat bola sepak tanah air,” katanya.

Terdahulu Khairy yang dikatakan mendapat enam pencalonan mahu mendapatkan maklum balas daripada ahli gabungan terlebih dulu sebelum membuat keputusan selewat-lewatnya 13 Februari depan.

Beliau yang juga bekas Timbalan Presiden FAM perlu mendapat kebenaran kabinet terlebih dulu jika mahu bertanding namun sekiranya Tunku Ismail mahu merebut jawatan nombor satu FAM itu, Khairy sedia menolak pencalonan.

Yusoff bagaimanapun mengesahkan pihaknya sudah menghantar surat ke Istana Johor bagi mengadakan pertemuan dan kini hanya menantikan jawapan pihak istana.

“Ini jalan terakhir untuk kami memujuk Tunku Ismail, jika gagal maka sukar peluang untuk melihat beliau memimpin FAM,” katanya.

Pemilihan bagi mengisi jawatan dalam Exco FAM yang sepatutnya berlangsung tahun depan dipercepatkan apabila Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu melepaskan jawatan tahun lalu.-foto harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");