Jenayah

Wanita maut tersepit

Alor Setar: Seorang wanita maut manakala dua lagi cedera selepas kereta Proton Wira yang dinaiki mereka terbabas melanggar pokok di Jalan Yan, berhampiran Kampung Pisang di Simpang Kangkung dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 9.40 pagi itu, mangsa berusia 30-an tersepit manakala seorang lelaki berusia 30-an dan wanita berusia 60-an yang cedera, berjaya dikeluarkan orang awam.

Pegawai Perhubungan Awam (PRO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Bomba Nur Hafizah Muhammad Lukman berkata, pihaknya menerima panggilan pada 9.40 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan dikejarkan ke lokasi kejadian.

Pasukan diketuai Komander Operasi BBP Yan, Pegawai Bomba Kanan II Mazlan Yaakob bersama enam anggota dengan sebuah jentera, tiba di lokasi pada 10.03 pagi.

“Setibanya di lokasi, didapati sebuah kereta Proton Wira terbabas dan melanggar pokok menyebabkan pemandunya, seorang wanita berusia 30-an tersepit manakala lagi dua lagi mangsa sudah dikeluarkan orang awam.

“Pemandu yang tersepit itu didapati sudah meninggal dunia dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");