Jenayah

Warga emas rentung dalam kereta

BATU PAHAT: Mayat seorang warga emas ditemui rentung dalam sebuah kereta di kebun kelapa sawit di Yong Peng, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, mayat lelaki berkenaan dijumpai orang ramai sebelum melaporkan kepada polis.

Menurutnya, mangsa yang merupakan duda anak satu itu ditemui di tempat duduk pemandu dengan keadaan terbaring, manakala kereta Proton Saga dinaiki berkunci dari dalam dan cermin kereta tertutup.

“Kereta berkenaan dipercayai telah berada di kawasan terbabit selama dua hari sebelum dijumpai,” katanya.

Abdul Wahib berkata, mangsa kali terakhir berhubung dengan ibunya pada Jumaat lalu dan mengugut mahu membunuh diri kerana tidak mendapat hak milik kebun sawit.

“Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut. Namun, siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");