Sukan Hari Ini

West Ham United tidak akan jual Payet

PENGURUS West Ham United, Slaven Bilic menegaskan Dimitri Payet bukan untuk dijual walaupun The Hammers berdepan prestasi buruk musim ini apabila sekadar berada di kedudukan ke-13 selepas separuh musim.

Penampilan Payet bersama kelab timur London itu turut dikritik apabila hanya menyumbang tiga gol dan lapan assist sepanjang 21 pertandingan musim ini.

“Kami sudah katakan sejak awal lagi bahawa kami akan terus mempertahankan pemain terbaik kami.

“Payet antara pemain terbaik yang kami ada dan dia menunjukkan komitmen dan kerja keras sepanjang musim untuk membantu pasukan.

“Bagi saya, Payet telah bangkit dan menunjukkan prestasi yang baik akhir-akhir ini. Jadi tidak timbul isu prestasinya semakin menurun musim ini,” kata Bilic.-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");