Sukan Hari Ini

Xhaka Disoal Siasat Didakwa ‘Serang’ Berbaur Perkauman

PEMAIN tengah Arsenal, Granit Xhaka disoal siasat oleh polis berhubung dakwaan ‘menyerang’ berbaur perkauman terhadap seorang kakitangan di Lapangan Terbang Heathrow di London.

Insiden itu dipercayai berlaku pada Isnin malam sewaktu rakannya tidak dibenarkan masuk menaiki penerbangan.

Media The Independent melaporkan saksi melihat pemain berusia 24 tahun itu ‘menyerang’ berbaur perkauman terhadap kakitangan daftar masuk British Airways.

Pegawai keselamatan lapangan terbang dan polis kemudiannya datang ke tempat kejadian.

Difahamkan Xhaka berada di Terminal 5 Heathrow bagi menghantar rakannya dan rakan pemain bola sepak, Leonard Lekaj.

Lekaj yang merupakan abang kepada tunang Xhaka, Leonita Lekaj dikatakan lewat untuk menaiki penerbangan pulang ke Jerman menyebabkan dia tidak dibenarkan masuk, sebelum insiden ‘serangan’ berlaku.

Xhaka kemudiannya dibawa ke balai polis di barat London untuk disoal siasat. – Mail Online/mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");