Sukan Hari Ini

Zac teruja sertai pasukan Kedah

PEMAIN import baharu Kedah, Zachary Michael Anderson percaya beliau membuat pemilihan tepat dengan menyertai Hijau Kuning bagi musim ini.

Bekas bek kental Emirates Club dari Liga Emeriah Arab Bersatu itu berkata, Hijau Kuning mempunyai gabungan pemain muda serta pengalaman yang bersemangat tinggi dan ini dibuktikan pada perlawanan Sumbangsih 2017 merebut Piala Sultan Ahmad Shah di Larkin pada Jumaat lalu.

Menurutnya, kemenangan ke atas Johor Darul Ta’zim (JDT) diraih hasil kerjasama berpasukan selain berjaya mengikut arahan Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe yang telah ditetapkan.

“JDT adalah sebuah pasukan yang berkualiti namun kami gembira kerana berjaya menang Piala Sumbangsih 2017 menerusi sepakan penalti selepas ditentang sengit pada perlawanan sebenar.

Selepas ini kami perlu terus berusaha untuk menang terutamanya pada Jumaat (menentang Sarawak) bagi aksi Liga Super dan berharap memperolehi keputusan positif pada setiap perlawanan musim ini,” katanya yang ditemui di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, kelmarin.

Jelasnya yang lebih dikenali dengan panggilan Zac, pemain berusia 25 tahun tersebut mengharapkan musim ini memberikan permulaan yang baik buat dirinya yang pertama kali beraksi di Liga Malaysia.

Katanya, beliau juga teruja dengan sokongan yang ditunjukkan oleh peminat kepada pasukan.

“Keserasian dan persefahaman saya bersama pemain-pemain lain juga semakin baik malah selesa dengan layanan yang diberikan pengurusan dan barisan jurulatih,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");