Isu Panas

Zaid Ibrahim bersedia bertanding PRU14

JOHOR BAHRU – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menawarkan diri untuk bertanding pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14).

Menurut Zaid, beliau akan mengumumkan parti yang akan diwakili untuk ditandingi apabila PRU14 semakin hampir, bagaimanapun bekas Presiden Parti Kesejahteraan Insan (Kita) itu mengakui selesa bersama parti pembangkang.

“Buat masa ini, saya belum mewakili mana-mana parti dan belum tahu mahu mewakili mana-mana parti.

“Tengok keadaan dahulu, boleh cakap saya ini adalah parti pembangkang kerana saya tolong Parti Amanah Negara (Amanah)..saya juga tolong PKR.

“Mungkin apabila sudah dekat PRU14, saya akan umumkan sendiri. Tetapi, kalau ada yang beri tawaran, kalau saya rasa dapat membantu, saya akan pertimbangkan dan bertanding,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena penganjuran ceramah yang bertajuk “Melayu Badut atau Melayu Wawasan” yang akan diadakan di Hotel Goodhope, Skudai, di sini pada jam 8.30 malam, Sabtu ini.

Ditanya tentang kawasan yang akan ditandingi pula, beliau menjawab belum dapat ditentukan lagi pada masa ini.

“Saya hanya mahu tolong supaya negara kita supaya lebih baik lagi. Kawasan mana, tengoklah dahulu, Mungkin boleh jadi Johor Bahru…atau Kota Bharu…atau boleh jadi macam-macam kawasan lain lagi,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Organisasi Amanah, Suhaizan Kaiat berkata, pihaknya bersedia bersama pakatan harapan untuk menawan Johor pada PRU14 akan datang dalam sasaran untuk mendapatkan 28 kerusi di negeri ini.

“Di peringkat Amanah, kami akan bersama DAP dan PKR untuk mencapai misi kami. Malah, rundingan bersama Bersatu juga mereka telah bersetuju tidak akan menandingi mana-mana kerusi yang telah kami wakili,” katanya yang memberitahu bagaimanapun mengakui mereka bimbang dengan Pas.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");