Perak Hari Ini

Zambry Hadir Ke Sambutan Tahun Baru Cina PCCCI

IPOH : Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hadir memeriahkan Sambutan Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh Dewan Perniagaan dan Perindustrian Negeri Perak (PCCCI) hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan dan Presiden PCCCI, Datuk Liew Sew Yee.

Dalam ucapannya, Zambry berkata, beliau menghargai kerjasama erat antara PCCCI dengan kerajaan negeri dalam usaha untuk memajukan negeri Perak.

“Sejak saya menjadi Menteri Besar, kita bekerja rapat dengan semua pihak untuk mengembangkan ekonomi negeri ini. Ia bukan perkara yang mudah, tetapi kita dapat bekerja bersama.

“Terima kasih kepada PCCCI yang selama ini bekerja dengan erat bagi menjadikan Perak sebagai salah satu negeri yang berjaya pada hari ini,”katanya.

Zambry berkata lagi, walaupun berbeza pandangan politik, tetapi kerjasama erat tetap dijalankan dengan semua pihak bagi memajukan negeri ini.

“Marilah kita bekerja bersama-sama. Kerja dengan cara negeri Perak. Kita kurangkan berpolitik dan mencipta masalah dan akhirnya, kita boleh bergerak ke hadapan untuk rakyat di negeri ini.

“Kita jangan benarkan sebarang elemen yang boleh mengganggu kestabilan di negeri Perak,”katanya.

Sementara itu, Liew dalam ucapannya berkata, PCCCI yang menyambut ulang tahun ke 110 penubuhannya berkata, pihaknya telah merancang beberapa program untuk mempromosikan Perak sebagai satu ‘jenama’ untuk pelancong tempatan dan luar sempena Tahun Melawat Perak 2017.

Ujarnya, antaranya ialah penganjuran Ipoh International Food and Beverage Fairs (IIBF) dan Ipoh Cultural Parade.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");