Membawang Hari Ini

Zarul cabar diri berlakon drama bersiri

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Zarul Umbrella, 44, memutuskan untuk berkecimpung dalam bidang lakonan sebagai inisiatif mencabar diri meneroka cabang seni lain.

Zarul atau nama penuhnya Zairulkefli Husin turut berharap percubaannya sebagai pelakon menerusi drama rantaian 16 episod itu diterima baik oleh peminat.

“Saya menerima tawaran untuk menjayakan drama bersiri Cik Serba Tahu kerana ingin mencabar diri dalam cabang seni lain. Selain itu, saya juga dapat mengintai peluang untuk mengorak langkah sebagai pelakon.

“Begitupun, bidang nyanyian masih menjadi keutamaan kerana ia adalah minat saya sejak dulu. Saya juga berasakan tidak salah untuk mencuba bidang lakonan, malah sekiranya ia menyeronokkan, mungkin saya menerima tawaran lain pula selepas ini.

“Dalam drama terbabit, saya membawa watak sebagai sepupu kepada Remy Ishak dan konflik mula timbul apabila watak heroin memainkan peranan mereka. Itu saja yang dapat saya kongsi buat masa ini kerana saya juga baharu saja menelaah skrip,” katanya kepada BH Online.

Selain Zarul dan Remy, Cik Serba Tahu turut dibintangi oleh Adi Putra dan Sari Yanti.

Peserta Gegar Vaganza musim ketiga ini juga menjelaskan, bagi memastikan aktiviti lakonan dan nyanyiannya tidak bercanggah, beliau memastikan jadual kerjanya disusun sebaik mungkin.

Dalam perkembangan terkini, Zarul yang mengumumkan peletakan jawatan sebagai pramugara Malaysia Airlines pada minggu lalu sibuk mempromosikan single terbaharu yang berjudul Jangan Pernah.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");