Berita Hari Ini

Zon bebas cukai di Bukit Kayu Hitam

ALOR SETAR 29 Jan. – Kedah akan mewujudkan zon bebas cukai kedua di negeri itu selepas Pulau Langkawi di atas tapak seluas 6,000 hektar milik Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah dan swasta di Bukit Kayu Hitam.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) ke-17 di Putrajaya baru-baru ini yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Dalam mesyuarat tersebut, Perdana Menteri telah arahkan supaya NCIA bersama Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah melaksanakan perkara ini,” katanya selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Gerakan Kedah, di sini hari ini.

Ahmad Bashah berkata, kawasan itu akan dibangunkan dengan pelbagai kemudahan dan infrastruktur seperti hotel, perumahan, pusat beli-belah dan sekolah yang diunjur mampu menarik kedatangan lebih ramai pelancong dari negara jiran.

“Penduduk yang ada di kawasan itu akan menikmati barangan bebas cukai dan kita harap perkara ini akan kita bangunkan segera kerana kita nak selain daripada Pulau Langkawi ada satu lagi kawasan bebas cukai yang berada di tanah besar,” katanya.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");