Sukan Hari Ini

Zulfadli Zulkiffli mahu tebus kecewa

SELEPAS tersingkir seawal pusingan kedua di Grand Prix (GP) Emas Malaysia Masters di Sibu minggu lalu, pemain profesional negara, Zulfadli Zulkiffli mahu menebus kegagalan itu di GP Emas Terbuka India, hari ini.

Juara remaja dunia 2011 itu tewas 21-19, 18-21, 12-21 kepada pemain dari Taiwan, Hsueh Hsuan Yi dalam aksi di Stadium Tertutup Sibu, Rabu lalu.

“Ini kejohanan kedua saya selepas Malaysia Masters.

“Saya harap di India, saya boleh beraksi lebih baik pada masa sama kurangkan kesilapan mudah,” katanya.

Zulfadli akan berdepan cabaran pemain India, Sachin Rawat pada pusingan pertama di Stadium Tertutup Babu Banarasi Das, Lucknow.

Beliau akan berdepan tentangan pilihan ketiga K Srikanth sekiranya mara ke aksi suku akhir.

Mengulas sasaran pada kejohanan itu, Zulfadli berkata, beliau berharap dapat memperbaiki pencapaian tahun lalu apabila hanya mampu mara ke suku akhir.

Bagaimanapun pemain berusia 24 tahun itu mengakui banyak perkara yang perlu dilakukannya bagi mencapai sasaran terutamanya mengawal permainan bagi mengelakkan kesilapan mudah.

“Tahun lalu saya beraksi sampai ke peringkat suku akhir kejohanan, jadi tahun ini saya perlu lakukan lebih baik dari suku akhir, mungkin agak sukar namun bukan mustahil.

“Apa pun, saya tak mahu fikir terlalu jauh. Saya hanya fokus untuk lakukan yang terbaik, jadi fokus saya adalah satu perlawanan ke satu perlawanan,” katanya yang kini berada di kedudukan ke-31 dunia.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");