Jenayah

1,187 Jersi Tiruan JDT Dirampas

JOHOR BARU:Sebanyak 1,187 helai jersi tiruan pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bernilai lebih RM30,000 berjaya dirampas oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Timbalan Ketua Penguatkuasanya, Rizq Fazliana Abd Hamid berkata serbuan dilakukan oleh pihaknya di Taman Seroja dekat sini kira-kira pukul 6.30 petang Jumaat lalu selepas menerima maklumat mengenai barangan sukan tiruan dijual di sana.

“Kami merampas 1,187 jersi tiruan JDT selain 735 jersi pelbagai jenis dari premis tersebut.

“Kementerian itu turut mengambil keterangan daripada pemilik premis tersebut yang berusia dalam lingkungan 30-an bagi membantu siasatan,” katanya pada sidang media di Kempas dekat sini Ahad memetik laporan Mstar Online.

Rizq Fazliana berkata siasatan awal mendapati pemilik premis itu pernah didenda atas kesalahan yang sama tahun lalu.

“Suspek sebelum ini turut didenda sebanyak RM1,000 kerana menjual jersi tiruan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");