Jenayah

20 Individu Ditahan Terlibat ‘African Scam’

SHAH ALAM :Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan sindiket African Scam yang berjaya mengaut keuntungan sebanyak RM21.6 juta setakat ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar

Turut disahkan termasuk penahanan 20 individu yang dipercayai terlibat dengan kegiatan tersebut.

“Syabas Jabatan Siasatan Jenayah Komersial dan Jabatan Hal Ehwal Komersial Singapura yang berjaya menangkap 20 orang (terlibat dengan sindiket) African Scam yang menyebabkan kerugian RM21.6 Juta,” kata Khalid, lapor Sinar Harian.

Difahamkan, seramai 108 individu telah menjadi mangsa penipuan sindiket terbabit.

Dalam perkembangan lain, Khalid turut mengesahkan penahanan 235 tukang urut dan GRO di seluruh negara.

Difahamkan lagi, penahanan dibuat oleh Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) dalam serbuan sepanjang minggu lepas.

“Syabas lagi STAGG @PDRMsia gempur maksiat seluruh negara sepanjang minggu lalu, tangkap 235 orang GRO dan tukang urut,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");