Perak Hari Ini

221 Mangsa Banjir Perak Masih Di Pusat Pemindahan

IPOH: Jumlah mangsa banjir di Perak seramai 221 orang setakat pukul 8.30 pagi ini, menurut sumber Jabatan Bomba Dan Penyelamat Perak.

Sebanyak dua pusat pemindahan sementara masih dibuka bagi menempatkan mangsa dengan jumlah mangsa paling ramai adalah di daerah Manjung iaitu seramai 208 di Sekolah Agama Rakyat Padang Serai.

Manakala di daerah Larut Matang, jumlah mangsa masih kekal seramai 13 orang yang ditempatkan di Surau Padang Serai Dalam.

Mangsa terjejas setakat hari ini melibatkan 62 keluarga.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");