Membawang Hari Ini

2NE1 Terus Cipta Sejarah

Siapa sangka, kumpulan dianggotai CL, Park Bom, Sandara dan Minzy itu berpecah terlalu cepat. Padahal pengikut setia mereka yang digelar Blackjack belum puas menikmati lagu mereka.

Menjadi antara kumpulan wanita paling luar biasa dalam sejarah muzik Korea Selatan, pembubaran 2NE1 tentu sekali menyedihkan peminat mereka.

Tampil dengan lagu terakhir berjudul Goodbye sebagai tanda mata buat peminat, impak 2NE1 masih berbisa. Harian Metro melaporkan, single terakhir itu terus mendadak naik pada tangga pertama Bilboard World Digital Song Sale sejak dilancarkan pada 20 Januari lalu.

Hakikatnya, ini kali ketiga kumpulan itu menguasai carta selepas lagu I am the Best pada 2014 dan 2015.

Sekali gus, 2NE1 mencipta sejarah dengan pencapaian itu sebagai satu-satunya artis berkumpulan Korea yang berada pada tangga pertama selama tiga kali.

Sebelum ini, artis dari negara itu yang berjaya mencipta rekod sama adalah penyanyi tular iaitu PSY. Bagaimanapun, PSY hanya berjaya mendapat nombor satu sekali saja menerusi lagu Gangnam Style.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");