Perak Hari Ini

3,400 Rumah Di Pangkor Terima Alamat Lengkap

PANGKOR : Sebanyak 3,400 buah rumah daripada 18 buah kampung di sini menerima alamat lengkap menerusi projek Alamat Untuk Semua (AFA) yang dilakukan oleh Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ketika ditemui berkata, menerusi program sebegini, kerajaan negeri juga dapat mengemaskini dari segi bilangan premis yang ada di Perak.

 

“Kerajaan negeri juga telah melaksanakan usaha-usaha sebegini untuk mendapatkan jumlah sebenar premis di Perak.

“Jadi dengan adanya langkah yang diambil oleh Pos Malaysia ini, ianya juga dapat membantu kerajaan negeri dan kita dapat bertukar-tukar pandangan daripada jumlah keseluruhan.

 

“Saya harap, dari segi jumlah keseluruhan terkini, ia akan dapat membantu kita dalam banyak perkara,”katanya.

Turut hadir ialah  Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh , dan Pengerusi SKMM, Datuk Seri Dr Halim Shafie dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi.

Sementara itu, menurut Mohd Shukrie anggaran kos keseluruhan bagi program tersebut ialah RM34,000.

 

“Projek AFA di Pulau Pangkor telah selesai dilaksanakan pada Januari selepas dimulakan pada Ogos 2016.

“Sebelum ini, alamat yang tidak lengkap menyebabkan kesukaran kepada pbduuk dari segi komunikasi dan menjadi batu penghalang kepada posmen untuk menghantar surat.

“Kini mereka tidak perlu bimbang mengenai kehilangan surat penting atau perlu mengambil surat mereka di dewan orang ramai atau kedai kopi malah dengan alamat lengkap, penduduk akan menerima surat di rumah masing-masing,”katanya ketika ditemui selepas program berkenaan.

Sejak AFA diperkenalkan pada 2015, projek ini telah memastikan kira-kira 75,000 premis di seluruh negara mempunyai alamat lengkap.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");