Sukan Hari Ini

Gol Suso hidupkan peluang Milan

MILAN: Gol lewat daripada Suso membolehkan AC Milan berkongsi mata sekali gus menghidupkan semula peluang untuk merebut slot ke Liga Europa selepas seri 1-1 dengan Lazio, awal pagi tadi.

Lazio, yang bersaing sengit untuk menduduki kelompok tiga terbaik Serie A, dilihat mampu melakar kemenangan kedua berturut-turut selepas membelasah Pescara 6-2 apabila Lucas Biglia menyempurnakan sepakan penalti sebelum tamat separuh masa.

Bagaimanapun barisan Simone Inzaghi dikejutkan dengan jaringan penyamaan Suso lima minit sebelum tamat perlawanan apabila dia merembat cantik melepasi jangkauan Tomas Strakosha.

Keputusan seri itu membolehkan anak buah Vincenzo Montella yang sebelum ini tewas dalam tiga perlawanan berturut-turut sebelum bangkit menewaskan Bologna pada pertengahan minggu, menghidupkan peluang untuk bersaing merebut tempat ke Liga Europa.

Milan kekal di kedudukan ketujuh liga, 19 mata di belakang pendahulu Juventus dan 10 mata di belakang Napoli yang menduduki tempat ketiga, manakala Lazio di tangga keenam.

“Kami akan cuba melakukan segala yang terdaya untuk layak ke Liga Europa,” kata Suso kepada Mediaset.

“Mereka beraksi baik, tetapi kami bangkit pada babak kedua. Mereka hanya mendapat peluang selepas kami menyerang. Tetapi ini adalah mata penting buat kami.”

– AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");