Perak Hari Ini

720 Pelajar Peroleh Pangkat Mumtaz Di Perak

IPOH : Seramai 720 pelajar di negeri ini memperoleh pangkat Mumtaz (cemerlang) dalam semua mata pelajaran dalam peperiksaan I’dadi dan Thanawi 2016.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, bagi peperiksaan I’dadi, calon yang berdaftar bagi peperiksaan tersebut adalah seramai 1,072 manakala bagi peperiksaan Thanawi pula seramai 2,235 calon berdaftar.

“Secara keseluruhan, pencapaian Peperiksaan I’dadi pada tahun 2016 menunjukkan penurunan sebanyak 0.8 peratus atau 2.59 mata pada tahun 2016 berbanding 2.63 mata pada tahun 2015.

“Bilangan yang memperolehi pangkat Mumtaz bagi semua mata pelajaran pada tahun 2016 sebanyak 253 orang (24.05 peratus) ari jumlah calon yang hadir iaitu sebanyak 1,052 orang,”katanya dalam sidang media yang diadakan di Sekolah Raja Perempuan Taayah, di sini.

Sementara itu, seramai 395 orang (34.13 peratus) memperoleh pangkat Jayyid Jiddan (amat baik) bagi semua mata pelajaran.

Bilangan yang memperolehi pangkat Jayyid (baik) bagi semua mata pelajaran adalah seramai 773 orang (25.48 peratus) dan seramai 197 orang (9.70 peratus) memperoleh pangkat Maqbul (lulus) manakala seramai 70 orang (6.65 peratus) memperoleh pangkat Rasib (gagal) dalam peperiksaan I’dadi.

Manakala bagi peperiksaan Thanawi pula, Mohd Nizar berkata, secara keseluruhannya, keputusan bagi peperiksaan tersebut menunjukkan peningkatan kepada 5.6 peratus atau 2.42 mata berbanding 2.7 mata pada tahun 2015.

“Bilangan yang memperolehi pangkat Mumtaz bagi semua mata pelajaran bagi tahun 2016 adalah seramai 467 orang (20.94 peratus) dari julah calon yang hadir iaitu sebanyak 2,030 orang.

“Seramai 872 orang (39.10 peratus) memperoleh pangkat Jayyid Jiddan manakala 546 orang (24.48) peratus memperoleh pangkat Jayyid dalam semua matapelajaran,”katanya.


Ujarnya lagi, 169 orang (7.58 peratus) memperoleh pangkat Maqbul manakala 176 orang (7.89 peratus) memperoleh pangkat gagal.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengumumkan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan (SMTDR) Daerah Batang Padang dinobatkan sebagai sekolah terbaik bagi peperiksaan I’dadi dan Thanawi.

Manakala pelajar terbaik bagi peperiksaan I’dadi adalah Nur Fatin Nadirah Azlan dari SMTDR Daerah Batang Padang dan Sufia Hanisah Azlan dari Sekolah Raja Perempuan Taayah selaku pelajar terbaik peperiksaan Thanawi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");