Sukan Hari Ini

ACC Medan Terbaik Nilai Prestasi Pelumba Trek Negara

Sepang: Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di India yang akan bermula Isnin ini dilihat antara medan terbaik menilai prestasi pelumba trek negara menjelang temasya Sukan SEA Ogos depan.

Berikutan itu, penolong pengurus skuad Sukan SEA negara Mohd Izham Mohamad berkata, pelumba negara terutamanya yang berada di bawah program Kita Juara dituntut mempamerkan aksi terbaik pada

“ACC kali ini lebih tertumpu kepada barisan pelumba negara untuk menghadapi Sukan SEA.

“Kami mahu melihat kemampuan dan perkembangan mereka kerana ia kejohanan paling hampir sebelum temasya bermula. Malah kebanyakan acara yang disertai hampir sama dengan Sukan SEA nanti,” jelasnya, lapor Harian Metro.

Skuad berbasikal trek negara diletakkan sasaran untuk meraih 13 emas pada Sukan SEA sekali gus membantu kontinjen negara muncul juara keseluruhan.

Pada saingan di ACC India, Malaysia menghantar 26 pelumba secara keseluruhan untuk bersaing dalam kategori elit dan remaja.

“Kami tiba lima hari lebih awal untuk membiasakan diri dengan keadaan trek. Saya harap tiada masalah besar akan timbul walaupun difahamkan trek agak berdebu selain ada kebocoran bumbung dua minggu lalu,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");