Sukan Hari Ini

Adam, Ayumu optimis

Kuala Lumpur: “Kami berada di landasan tepat,” begitu ulasan pelumba negara dari pasukan SIC Racing Team Adam Norrodin selepas dia serta pasukannya, Ayumu Sasaki menjalani sesi ujian jentera selama dua hari di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula Khamis lalu.

Jelas pelumba Moto3 di Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP) itu, dia serta rakan sepasukannya Ayumu dapat menjalani ujian dengan baik serta mampu memperbaiki masa sepusingan pada hari kedua berbanding hari pertama.

“Untuk hari kedua, kami lebih fokus kepada penyelarasan jentera dan cuba mencari penyelarasan yang baru.

“Keputusan yang diraih positif dan kini kami mempunyai data sangat berguna. Saya berharap dapat meraih keputusan lebih baik pada sesi ujian seterusnya yang akan bersambung Isnin ini (esok),” katanya memetik sumber Harian Metro.

Jelas Adam, dengan keputusan positif itu, dia percaya pasukannya akan dapat memenuhi sasaran ditetapkan.

“Kami perlu merancang semula mengenai apa yang perlu dilakukan pada baki dua hari sesi ujian nanti.

“Sudah pasti kami semakin hampir untuk meraih sasaran yang ditetapkan,” katanya.

Pada musim pertamanya tahun lalu, Adam menamatkan saingan keseluruhan Moto3 di tempat ke-28 dengan meraih 14 mata.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");