PERLAWANAN di antara Manchester United dan St Etienne dalam saingan Liga Europa awal pagi semalam, mencuri perhatian apabila Paul Pogba terpaksa berhadapan dengan abangnya, Florentin Pogba yang mewakili St Etienne.
Perlawanan itu turut disaksikan ibu mereka, Yeo Mariba, yang turut mencuri tumpuan di tempat duduk VIP apabila memakai pakaian unik, separuh United dan separuh Etienne.
Ujar Paul, walaupun terpaksa menghadapi pasukan abangnya, namun beliau anggap perlawanan itu sangat bermakna buat dirinya.
“Ini sesuatu yang luar biasa dan tidak akan berlaku setiap hari,” katanya, lapor Sinar Harian.
Komen & Pendapat