Isu Panas

Ahli Parlimen Kota Melaka, Tiga Adun Keluar DAP

MELAKA: Empat pemimpin DAP negeri, termasuk Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him bertindak keluar parti.

Memetik sumber MSTAR Online, difahamkan mereka yang lain merupakan tiga ahli dewan undangan negeri (Adun), iaitu Goh Leong San (Duyong), Lim Jack Wong (Bachang) dan Chin Choong Seong (Kesidang).

Bercakap pada sidang media di sini, Ahad, Tong Him berkata, mereka hilang kepercayaan terhadap parti dan kecewa dengan barisan kepimpinan.

Beliau berkata, DAP telah menyimpang dari matlamat dan objektif parti.

Menurut Tong Him, mereka akan terus menjalankan tanggungjawab dan berkhidmat sebagai wakil rakyat bebas.

Jawatankuasa Disiplin DAP menggantung keahlian Tong Him dan Leong San selama setahun sejak 7 Februari tahun lalu kerana merosakkan reputasi parti.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");