Sukan Hari Ini

Aksi Pahang lawan FELDA United, Selangor Dipinda

KUANTAN: Dua perlawanan membabitkan Pahang dengan FELDA United FC dan Selangor yang sepatutnya berlangsung pada 18 Mac dan 26 April depan terpaksa dipinda.

Memetik sumber Berita Harian, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP), Fuzzemi Ibrahim, berkata pindaan itu bagi memberi laluan kepada persiapan skuad kebangsaan yang akan menghadapi perlawanan antarabangsa.

Berikutan daripada pindaan itu, perlawanan antara skuad Tok Gajah dengan The Fighters ditunda kepada 26 April manakala aksi menentang Selangor ditetapkan pada 24 Mei.

“Aksi menentang FELDA berlangsung di Stadium Darul Makmur manakala pertemuan dengan Selangor akan diadakan di Stadium Selayang,” katanya.

Malah jelasnya, pindaan jadual baharu itu ditetapkan Kerjasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) selepas skuad negara terbabit dalam persiapan menghadapi aksi kelayakan Piala Asia 2019.

“Kita harap perubahan jadual ini tidak akan menjejaskan sokongan peminat setia Tok Gajah,” katanya.

Pada 22 Mac depan, skuad negara akan menentang Filipina di Manila sebelum menentang Korea Utara dalam aksi kelayakan Piala Asia 2019 pada 28 Mac.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");