Berita Hari Ini

Aktiviti pengambilan pekerja online naik dua peratus

KUALA LUMPUR – Aktiviti pengambilan pekerja dalam talian di Malaysia mencatatkan pertumbuhan dua peratus pada Januari 2017 bagi perbandingan tahun ke tahun, kata Monster Employment Index (MEI).

Dalam satu kenyataan, MEI berkata ini merupakan kenaikan tujuh peratus daripada negatif lima peratus yang dicatatkan pada Disember tahun lepas.

Sektor penyedia perkhidmatan maklumat dan teknologi (IT), telekomunikasi (telekomunikasi) /Internet dan penyumberan luar teknolgi maklumat yang membolehkan proses perkhidmatan/perniagaan mencatatkan pertumbuhan ketara sebanyak 36 peratus bagi perbandingan tahun ke tahun.

Ia merupakan kenaikan 21 peratus daripada 15 peratus yang dicatatkan pada Disember tahun lepas.

Sebaliknya, sektor hospitaliti mengalami keadaan paling teruk, melaporkan penurunan tahun ke tahun sebanyak -19 peratus pada Januari 2017.

Sementara itu, pekerjaan khusus, perisian, perkakasan dan bakat telekomunikasi menyaksikan permintaan tahun ke tahun yang paling kukuh pada 57 peratus, yang juga merupakan pertumbuhan mendadak kumpulan dicatatkan dalam siri tersebut.

“Sektor teknologi kewangan yang semakin popular dan diberi tumpuan di Malaysia telah banyak memacu pertumbuhan pengambilan pekerja dalam sektor Teknologi Maklumat (IT), perbankan, perkhidmatan kewangan dan insurans (BFSI).

“Permintaan dalam industri logistik juga berkemungkinan memperlihatkan kenaikan sejajar dengan pelaksanaan logistik dan pelan induk pemudahan perdagangan.

“Ini adalah bukti dalam MEI kami, di mana permintaan bagi para profesional ini mencatatkan pertumbuhan positif,” katanya.

MEI Malaysia adalah ukuran bulanan bagi aktiviti pengambilan pekerjaan dalam talian, berasaskan pada kajian masa sebenar peluang pekerjaan.

Indeks tersebut tidak menggambarkan arah aliran mana-mana pengiklan atau sumber, tetapi merupakan ukuran perubahan dalam senarai pekerjaan dalam industri tersebut.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");