Membawang Hari Ini

Alif Dapat Ilham Nama Anak Kedua Ketika Tunaikan Umrah

PETALING JAYA: “Sebenarnya saya dan isteri lama berfikir nama yang sesuai untuk anak kedua namun Alhamdulillah kami mendapat ilham untuk menamakannya Ariana Mecca ketika mengerjakan Umrah.

“Ariana membawa maksud kehidupan manakala Mecca itu bersempena dengan nama kota Mekkah ketika kami mendapat ilham menamakannya,” kata penyanyi, Alif Satar mengenai pemilihan nama anak keduanya.

Alif atau Muhammad Alif Mohd Satar, 27 menimang cahaya mata kedua apabila isteriya, Sha Dila Halid selamat melahirkan bayi perempuan keduanya itu pada jam 6.45 pagi, Khamis.

Portal berita mstar melaporkan, Alif dan isterinya menunaikan ibadah Umrah pada November lalu.

Terdahulu, Alif memberitahu isterinya selamat melahirkan Ariana secara normal di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar dekat sini.

Bayi yang dilahirkan secara normal itu seberat 3.41 kilogram.

“Alhamdulillah keadaan isteri dan anak kami berada dalam keadaan baik.

“Terima kasih atas semua doa dan ucapan tahniah daripada rakan-rakan dan peminat,” katanya.

Alif dan Sha Dila berkahwin pada 15 September 2014 dan mereka turut mempunyai seorang lagi cahaya mata iaitu Alisha Anugerah yang kini berusia dua tahun.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");