Berita Hari Ini

Amanah Tolak Cadangan Nur Jazlan

SHAH ALAM : Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Johor menolak cadangan yang dikemukakan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang mencadangkan kerajaan Johor mengeluarkan arahan melarang remaja bawah umur berada di kawasan bandar raya, termasuk di jalan raya mahupun lokasi tertentu pada lewat malam.

Naib Pengerusinya, Suhaizan Kayat berkata, penyediaan alternatif kepada remaja bagi mengurus dan beraksi dengan kreativiti masing-masing adalah lebih baik daripada mengekang pergerakan mereka di malam hari, kata Parti Amanah Negara (Amanah).

Ujarnya lagi, kaedah itu lebih sesuai dan lebih mudah diikuti remaja sebelum mengaplikasikan undang-undang atau kekangan terhadap mereka.

“Pada saya kaedah yang lebih sesuai adalah memberi altenatif kepada remaja bagi menguruskan keghairahan untuk beraksi dengan hasil kreativiti mereka.

“Contohnya menyediakan Litar Lajak yang selamat dengan pengawasan ibu bapa. Kemudian barulah kita ikuti dengan undang-undang,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau turut menjelaskan, sekiranya pelaksanaan undang-undang sekatan terus dikenakan ke atas remaja, ia akan menimbulkan masalah lain melibatkan lingkaran sosial remaja.

“Jika kita terus dengan undang-undang sahaja maka mereka akan melepaskan keghairahan mereka di tempat lain yang sukar dikawal. Akhirnya akan menimbulkan masalah lain,” katanya lagi.

Terdahulu, Nur Jazlan mencadangkan kerajaan Johor mengeluarkan arahan melarang remaja bawah umur berada di kawasan bandar raya, termasuk di jalan raya mahupun lokasi tertentu pada lewat malam.

Nur Jazlan berkata, arahan larangan itu bagi mengelak berlakunya kejadian tidak diingini seperti kemalangan di jalan raya.

Menurutnya, sebagai wakil rakyat, dirinya telah meminta polis untuk bertindak, namun tindakan yang keras dari sudut perundangan tidak boleh dilakukan kerana golongan terbabit merupakan remaja bawah umur.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kemalangan yang meragut nyawa lapan remaja berbasikal di Jalan Lingkaran Dalam, bersebelahan Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah, Johor Bahru, baru-baru ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");