Sukan Hari Ini

Andik Kekal Bersama Red Giants

Kuala Lumpur: Spekulasi bintang Indonesia, Andik Vermansyah sudah tiada tempat dalam skuad Red Giants berakhir apabila pemain sayap itu akan kekal bersama Selangor sehingga hujung tahun.

Andik dan pengurusnya Muly Munial mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan FAS awal minggu ini berhubung statusnya bersama Selangor selepas kemasukan pemain baru dari Timor Leste Juliano Mineiro Fernandes bulan lalu.

Ada pihak, malah Andik sendiri, beranggapan khidmatnya sudah tidak diperlukan Selangor apabila dia kini terpaksa berehat panjang akibat kecederaan lutut ketika beraksi dengan skuad kebangsaan dalam saingan Piala AFF Disember lalu.

Bagaimanapun persoalan terjawab menerusi pertemuan kedua-dua pihak itu dengan Andik bakal meneruskan baki kontrak sehingga November ini.

“Andik dan saya (Muly) mengadakan perbincangan dengan pihak Selangor dan hasilnya kami menemui jalan penyelesaian.

“Kami sepakat untuk melanjutkan kerjasama sehingga akhir tahun ini. Diharapkan Andik dalam menyertai semula pasukan selepas selesai menjalani pemulihan di Indonesia.

“Hati Andik masih di Selangor dan pihak pengurusan sudah menjelaskan pemain yang dibawa masuk ketika ini (Fernandes) hanya untuk sementara menunggu Andik pulih,” katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.

Andik yang beraksi bersama Selangor bagi kuota pemain import Asia adalah tonggak pasukan ketika Merah Kuning menjuarai Piala Malaysia 2015 selain menjadi kapten sewaktu mereka muncul naib juara piala berprestij itu tahun lalu.

Pemain berusia 25 tahun itu akan kembali menjalani pemulihan di Indonesia dan dijangka menyertai semula latihan bersama skuad kendalian P Maniam pada April ini.

“Andik masih memerlukan kira-kira dua bulan sebelum berlatih bersama Selangor. Setakat ini perkembangannya agak baik dan sememangnya dia tidak sabar untuk menyertai pasukan semula,” kata Muly.

Sementara ketiadaan Andik, FAS menggunakan khidmat Fernandes yang menandatangani kontrak sehingga Jun ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");