Perak Hari Ini

Anggaran 90,000 Hadir Perayaan Thaipusam

IPOH : Dianggarkan seminar 90,000 penganut agama Hindu dan pengunjung dijangka akan datang ke Kuil Kallumalai Arulmigu Subramaniar, di sini sepanjang tiga hari bersempena dengan sambutan Thaipusam.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Perak, SAC T Selven berkata, pada ketika ini, keadaan di sekitar kuil ini dalam keadaan terkawal.

“Kita turut mendapat bantuan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pasukan Simpanan Polis (PSP) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) untuk membantu mengawal suasana ketika sambutan Thaipusam ini.

“Bagi mengawal kesesakan juga, satu inisiatif baru telah diambil bagi mengurangkan kesesakan di Jalan Hospital dan kawasan persekitaran kuil di mana syarikat Perak Transit Berhad telah menyediakan perkhidmatan bas perantara secara percuma kepada penganut agama Hindu dan juga orang ramai yang ingin menyaksikan perayaan ini.

“Perkhidmatan bas perantara ini adalah daripada perkarangan Stadium Perak sehingga ke bulatan hospital di mana kekerapannya adalah setiap 20 minit,”katanya ketika ditemui, hari ini.

Terdahulu, Selven dan hampir 100 anggota polis yang beragama Hindu bersembahyang di kuil berkenaan.

Dalam masa yang sama, beliau turut memaklumkan bahawa pihaknya tidak menerima maklumat mengenai ancaman semburan cat pada perayaan Thaipusam.

“Saya ingin menasihatkan agar orang ramai tidak mendengar khabar angin dan jangan takut untuk keluar bersembahyang atau melihat perayaan Thaipusam ini,”katanya.

Pada program yang sama, Selven dan anggotanya turut mengedarkan risalah pencegahan jenayah untuk orang ramai.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");