Jenayah

Anggota Penguatkuasa Patah Kaki Akibat Dirempuh

ALOR GAJAH : Seorang anggota penguat kuasa cedera dipercayai patah kaki akibat dirempuh dua buah motosikal dipercayai dinaiki penagih dadah.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, anggota berkenaan cuba menghalang salah satu motosikal ketika pemeriksaan dilakukan di sebuah rumah dihuni warga asing dipercayai pekerja reban berhampiran.

Dua suspek bertindak demikian dalam satu operasi bersepadu berhampiran sebuah reban ayam di Masjid Tanah di sini, hari ini yang turut disertai oleh sekumpulan anggota penguat kuasa dan petugas media.

Difahamkan dua buah motosikal dinaiki tiga lelaki dan seorang wanita bertindak sedemikian sebaik menyedari kehadiran anggota penguatkuasa yang disangka Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Penolong Pengarah Jabatan Imigresen Melaka, Mohd Sabri Ismail berkata, sebuah motosikal berjaya lolos sementara sebuah lagi dapat dihalang anggota berusia 32 tahun sehingga menyebabkan kaki kirinya tercedera dipercayai patah.

“Motosikal itu dinaiki dua lelaki bagaimanapun hanya pembonceng berjaya ditangkap manakala seorang lagi lelaki berjaya melarikan diri dalam kawasan semak berhampiran.

“Lelaki berusia 35 tahun yang dipercayai positif dadah itu kemudian diserahkan kepada anggota AADK yang turut menyertai operasi bersepadu bermula jam 11 malam itu,” katanya lapor Sinar Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");