Berita Hari Ini

Anggota Rela akan ditempatkan di Esszone

KOTA KINABALU – Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) akan ditempatkan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) bagi membantu anggota pasukan keselamatan dan penguat kuasa melaksanakan tugas, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata pihaknya akan berbincang dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi menentukan kaedah pelaksanaannya, termasuk bilangan anggota Rela yang akan ditempatkan di Esszone yang terletak di bawah seliaan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

“Kita akan membantu ESSCom di mana ESSCom ini diletakkan di bawah Majlis Keselamatan Negara. Untuk kesiapsiagaan di kawasan ESSZone sepanjang 1,700 kilometer di bawah kawalan Esscom, ini akan dibantu oleh Rela,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis sambutan Hari Rela ke-45 peringkat kebangsaan di Padang Merdeka, di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Ketua Pengarah Rela Zulkifli Abidin dan kalangan menteri persekutuan dan negeri.

Ahmad Zahid berkata peranan anggota Rela di ESSZone ialah sebagai pasukan tambahan manakala kuasa menangkap masih terletak di tangan pasukan polis dan tentera.

“Dengan itu, Rela adalah tenaga yang akan membantu polis dan tentera untuk melaksanakan undang-undang dan penguatkuasaan,” katanya.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");