Berita Hari Ini

Anifah Hadiri Sesi Pemukiman Menteri Luar Asean

KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berada di Boracay, Filipina bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Sesi Pemukiman Menteri-menteri Luar ASEAN bermula hari dan esok.

Menerusi satu kenyataan, Kementerian Luar berkata sesi dimulakan semalam dengan beberapa mesyuarat penting termasuk Mesyuarat Jawatankuasa Wakil Tetap ke ASEAN dan disusuli Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN bermula hari ini.

Katanya, ia membabitkan penyertaan menteri luar, pegawai kanan dari negara anggota ASEAN, setiausaha agung ASEAN dan wakil tetap dari Sekretariat ASEAN di Jakarta.

“Sesi pemukiman ini antara lain memberi peluang kepada menteri luar ASEAN untuk membincangkan hala tuju pembinaan komuniti ASEAN selain menyusul pelaksanaan keputusan yang diambil ASEAN pada mesyuarat terdahulu.

“Selain itu, ia turut dijadikan medan untuk bertukar pandangan antara menteri luar ASEAN mengenai isu serantau dan antarabangsa serta cara mengukuhkan hubungan ASEAN dengan rakan dialognya,” katanya, lapor Berita Harian.

Katanya, sesi itu adalah yang pertama dipengerusikan Filipina selepas dipilih sebagai Pengerusi ASEAN tahun lalu. Negara itu akan mengumumkan keutamaan ASEAN 2017 dengan tema ‘Partnering for Change, Engaging the World’.
“Sesi pemukiman ini penting dalam merangka strategi ASEAN dalam meneruskan usaha pembangunan Komuniti serta membincangkan acara bagi memperingati ulang tahun penubuhan ASEAN yang ke-50,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");