Membawang Hari Ini

Ara tak kisah dipanggil ‘pengkid’

KUALA LUMPUR: Penyanyi Ara mengakui tidak kisah dengan gelaran ‘pengkid’ yang dilemparkan segelintir peminat terhadapnya gara-gara berambut pendek.

Memetik sumber Berita harian, Ara atau nama sebenarnya, Nurfarrah Izzatie Johari, 20, sudah lali dengan komen segelintir pihak yang mungkin kurang senang dengan penampilan dirinya.

“Orang nak cakap apapun, biarlah. Mereka cakap berdasarkan penampilan saja.

“Saya selesa dengan imej kemeja-T dan seluar jeans. Tidak semestinya berpakaian begitu, sikap saya pun ke arah lelaki.

“Saya sedar selepas memotong rambut pendek, orang menganggap saya sudah berubah. Ini kerana sebelum ini saya berambut panjang dan nampak lebih wanita,” katanya.

Bagaimanapun, Ara yang popular dengan lagu Warkah Untukku memberitahu, dia akan menyimpan rambut panjang atas permintaan bapa.

Bekas finalis Akademi Fantasia 2016 itu mengaku terpaksa akur dan tidak boleh melawan kehendak bapa.

“Jangan fikir saya mahu kembali berambut panjang gara-gara kecaman orang…. Bukan, ini semua permintaan ayah.

“Kalau ayah sudah bersuara, takkan saya nak melawan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");