Sukan Hari Ini

AS cetus isu lagu kebangsaan

Paris: Juara bertahan Republik Czech, Switzerland, Belarus dan Amerika Syarikat mara ke separuh akhir Piala Fed semalam namun kejohanan itu berdepan insiden memalukan membabitkan lagu kebangsaan Jerman dan dakwaan tiada semangat kesukanan.

AS, juara 17 kali menewaskan Jerman 3-0 untuk menempah tiket ke separuh akhir menentang Republik Czech namun perlawanan itu dibayangi kesilapan penuh kontroversi apabila lagu kebangsaan Jerman dimainkan sebelum perlawanan di Hawaii.

Bintang Jerman Andrea Petkovic berkata, dia tidak pernah berasa tidak dihormati seperti itu selepas seorang penyanyi menyanyikan versi lama lagu kebangsaan itu yang bermula dengan stanza yang disifatkan terlalu nasionalis – “Deutschland, Deutschland ueber alles” – yang merujuk kepada kekuasaan Jerman.

Menyanyikan versi itu sesuatu yang amat memalukan di Jerman kerana ia mempunyai kaitan rapat dengan era Nazi dan hanya stanza ketiga lagu lama itu digunakan.

Penganjur meminta maaf tetapi Andrea yang marah kemudiannya tewas kepada Alison Riske 7-6 (12/10), 6-2.

“Saya tidak pernah rasa tidak dihormati sepanjang hidup, ia sesuatu yang biadab dan kurang ajar, paling teruk,” kata Andrea, 29, yang menegaskan dia dan rakan sepasukan Julia Georges menangis disebabkan perkara itu.

“Kita berada dalam tahun 2017 – sesuatu seperti ini tidak sepatutnya berlaku di AS. Ia memalukan dan menunjukkan sikap tidak peduli.”

Kapten pasukan Jerman Barbara Rittner menyifatkannya sebagai ‘satu skandal dan tidak boleh dimaafkan.’

– AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");