Sukan Hari Ini

Azizul jaguh pecut Asia

Kuala Lumpur: Jaguh berbasikal negara Azizulhasni Awang sekali lagi membuktikan dia pelumba terpantas Asia apabila memenangi acara pecut individu Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di India semalam.

Pemenang gangsa Olimpik Rio itu berjaya menebus kekecewaannya selepas terkandas pada separuh akhir keirin dengan meraih emas keempat dalam acara pecut individu selepas edisi 2008, 2009 dan 2014.

Dia mempamerkan keazaman tinggi untuk mengatasi cabaran pelumba Jepun Tomoyuki Kawabata 2-0 di velodrom Indira Ghandi dalam aksi dua pusingan itu.

Bagaimanapun saingan separuh akhir lebih mendebarkan apabila The Pocket Rocketman terpaksa bangkit selepas ketinggalan kepada seorang lagi pelumba Jepun Yuta Wakimoto

Dia tewas pada pusingan pertama namun menyamakan kedudukan 1-1 apabila memenangi pusingan kedua dan meneruskan rentak cemerlang menjuarai pusingan penentuan untuk keputusan 2-1.

Sementara itu, Shah Firdaus Shahrom terkandas pada suku akhir apabila tewas kepada Kawabata namun dia tetap berbangga kerana sudah meraih gangsa acara keirin.

Turut cemerlang pada hari terakhir ACC semalam adalah pelumba remaja negara Muhammad Nur Aiman Rosli yang meraih gangsa acara omnium.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");